Islamic Widget

http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

Saturday, January 28, 2012

MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini , ingin di sini ana berkongsi dengan semua rakan-rakan mengenai kelebihan berSELAWAT atas junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.Sebagaimana firman ALLAH SWT,;
"Sesunguhnya ALLAH dan malaikat nya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW.Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuh nya."(al ahzab33:56)


Syeikh  Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani Rahimahullah menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitab nya,al-safinah al-qadiriyah.Beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun yang berkata :"Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai EMPAT PULUH DUA kelebihan.."Ini tertulis dalam kitab nya Hadaiq al-Anwar.


>Melaksana kan perintah ALLAH
>Bersama dengan selawat ALLAH SWT kepada Rasulullah SAW.
>Bersama dengan selawat para malaikat.
>Mendapat ganjaran sepuluh kali ganda selawat  dripada ALLAH atas setiap  kali selawat yang di ucapkan.
>D kurniakan ALLAH SWT sepuluh darjat atas setiap-tiap satu selawat.
>Dituliskan olih malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
>Dihapuskan ALLAH SWT sepuluh kejahatan atas setiap selawat
> Segala doa akan di perkenankan olih ALLAH SWT .
> Mendapat SYAFAAT daripada Rasullullah SAW.
> Mendapat ke ampunan daripada ALLAH serta di tutup segala ke aiban.
> ALLAH akan menutupi segala dukacita.
> Dikurniakan maqam yang berhampiran dengan Rasulullah SAW.
> Mendapat darjat AL-SIDQ.
> Ditunai kan segala hajat.
> Selamat dan sejahtera pada hari kiamat.
> ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas org yang berselawat.
> Mendapat khabar gembira daripada ALLAH SWT dengan balasan syurga.
>Selamat sejahtera daripada huru-hara  hari kiamat.
> Rasullullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang di bacakan.
> Mudah mengingati perkara-perkara yang lupa.
> Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut.
> Tidak akan merasa  fakir.
> Terpelihara daripada di hinggap sifat bakhil.
> Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasullullah SAW kepada yang berselawat.
> SElawat akan menjemput pengucap nya ke jalan SYURGA.
>  Menjauhi seseorang daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak di sebut olih ALLAH SWT dan Rasul nya.
> Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH SWT apabila di sebut'Alhamdulillahi Rabbil Alamin'(dalam doa)
     maka akan di sambut dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
> Selawat merentasi titian al-mustaqim pada hari qiamat.
> TErpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
> Disambut ALLAH SWT pada hari qiamat dengan kata pujian yang lunak.
> Mendapat balasan rahmat yang luas daripada ALLAH SWT.
> Mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
> Mendapat kesempurnaan iman serta mendapat hidayah daripada ALLAH SWT.
> Kasih dan cinta kepada Rasullullah SAW.
> Setiap selawat yang di baca akan di bentangkan di hadapan ALLAH SWT secara langsung.
> Teguh pendirian dengan kebenaran.
> Berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian hak-hak Rasullullah SAW ke atas diri kita.Di samping itu ,ia di    
    anggap mensyukuri nikmat ALLAH SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasullullah SAW kepada kita.
> Berselawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada ALLAH ke atas Rasullullah dan    
    diri sendiri.
>Berselawat juga bererti zikrullah.
> Antara yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasullullah SAW dalam jiwa nya.
> Di kurniakan oilh ALLAH MAQAM se orang SYIEKH dan MURABBI.


Alhamdulillah.... sentiasalah  berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW agar kita mendapat syafaat nya kelak.Mari lah kita menjadi seperti UBAI BIN KAAB yang sanggup meluangkan hampir keseluruhan waktu nya untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW seperti yang di riwayat kan olih AHMAD dan NASA'I.
Selawat ke atas Nabi SAW  bolih dilakukan di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa kerana ia tetap akan sampai kepada baginda SAW.
Jika kita betul-betul mencintai Baginda SAW ,sukai lah apa yang Baginda sukai dan buatlah apa yang Baginda buat.....WALLAHUA'LAM.
###########################################################################################


>
>  

Tuesday, January 10, 2012

ILMU

●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●

بسم الله الرحمن الرحيم
ILMU adalah pendamping dalam kesunyian
           KAWAN dalam  keterasingan,
                 PENGIRING di kala kesepian,
                             PENUNJUK kepada jalan kebenaran,
                                       PENOLONG dalam kesempitan
                                                DAN menjadi tabungan dalam kehidupan setelah KEMATIAN.

●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●
muhasabahdiri:cari lah ilmu yang bermanfaat agar diri sentiasa berada
dalam keredhoan dan keberkahan ALLAH  semata-mata.

Monday, January 9, 2012

SURAT CINTA BUAT YANG MAHA KUASA


بسم الله الرحمن الرحيم
ARRAHMAN
Dialah yang maha penyayang
Sayang nya tiada terbilang,
Dia yang maha pengasih,
Tiada pernah pilih kasih,
Dia yang tak pernah mengantuk apatah lagi tidur,
Terus menerus IA mengurusi makhluk nya.


Jika ada yang mengatakan pada mu
"Aku akan menyayangi mu sepanjang waktu",
Jangan percaya pada nya kerna,
Ia jelas sekali telah berdusta,
Kerana ia itu MANUSIA,
Manusia itu pelupa,banyak alpanya,
Ada saat nya harus kalah olih MASA


Olih itu,
Percaya lah cinta pada NYA,
Labuh kan cinta mu,
Hanya kepada,untuk dan kerana NYA,
Kerana DIA lah pemilik ASMA UL HUSNA,
Bukan sekadar NAMA,
NAMA NYA pasti menyandang SIFAT NYA,


ARRAHMAN
Yang telah mengajarkan al-quran
Dia ciptakan insan,
Mengajar nya pandai berbicara,
Matahari dan bulan(beredar)mengikut perhitungan,
Tumbuh-tumbuhan dan pepohonan keduanya tunduk kepada NYA,
ALLAH telah meninggikan langit serta meletakkan neraca timbangan,
Supaya kamu jangan melampaui BATAS.

Saturday, January 7, 2012

RENUNGAN

BIIDZNILLAH{dengan izin ALLAH TA'ALA}

JADILAH ORANG YANG KETIADAAN NYA DI CARI
KEHADIRAN NYA DI NANTI.............
KEPERGIAN NYA DI RINDUI...........
KEMATIAN NYA DI TANGISI...........
KEBAIKAN NYA DI CONTOHI.

ADVISE

GIVE.....but don't allow yourself to be  used.
LOVE...but don't allow your HEART to be abused.
TRUST...BUT DON'T BE NAIVE
Listen to others.......but don't lose your own voice...

Muhasabahdiri:fahamkan akan maksudnya serta jauhi lah 
agar tidak di perbudak-budak kan olih BUDAK DUNIA....
   



Ibadallah

SUCI HATI SUCI ZAHIR.......


بسم الله الرحمن الرحيم
SEBELUM BERAMAL MULA BERSUCI
MEMOHON AMPUN KEPADA ILLAHI
NAJAT DAN BERKAT ILHAM DI BERI
MUDAH MUDAHAN DAPAT SYUFAAT NABI


JIKA HENDAK MEMBERSIHKAN DIRI
JAUHI PEKARA SIFAT DI KEJI
HINDARKAN SESAMA MANUSIA BERIRI HATI
DATANG KEIKHLASAN PUNCA KEBERSIHAN QALBI

AWAL BERMULA DI SURUH BERTAUBAT
PEKARA YANG LEPAS PERLU DI INGAT
MENITIS AIR MATA TIADA TERHAD
SUPAYA TERHAPUS DOSA DI BUAT

TAUBAT SUDAH MELENGKAP DIRI
BARU BERSIHNYA ROHANI JASMANI
IBARAT GELAS TIDAK BERDAKI
TAUFIK HIDAYAT TERSEMAT DI HATI

JASMANI ROHANI SUDAH INSANI
MENGADAPLAH GURU ULAMA SUFI
SOPAN DAN SANTUN TIADA TERPERI
TURUT PERINTAH APA YANG DI BERI

muhasabahdiri:Fikir-fikirkan lah untuk diri sendiri
.....wallahhua'lam

Wednesday, January 4, 2012

5 PESANAN UNTUK MU WAHAI DIRI

1.Jika  engkau dengan orang yang LEBIH PANDAI,maka itulah masa nya engkau MENIMBA ILMU.

2.Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI,itulah waktu engkau BERKONGSI ILMU.

3.Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI,maka itulah masa nya engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4 Jika engkau bertemu dengan orang yang bicara PERKARA AKHIRAT,MAKA ITULAH MASA NYA ENGKAU tumpang sekaki..

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang bicara hal DUNIAWI,maka itulah waktu nya engkau
    DIAM DAN BERLALU PERGI.

Sunday, January 1, 2012

RENUNGAN

Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku
tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu,
kerana di suatu masa aku pasti akn pergi
dan ini akan membuatkan mu kecewa dan bersedih.
Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T
pasti akan memberi manfaat besar kepadamu,
kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu,
dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●