Islamic Widget

http://i248.photobucket.com/albums/gg194/xairiey/assalaamualaikum11.gif

Saturday, January 28, 2012

MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini , ingin di sini ana berkongsi dengan semua rakan-rakan mengenai kelebihan berSELAWAT atas junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.Sebagaimana firman ALLAH SWT,;
"Sesunguhnya ALLAH dan malaikat nya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW.Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuh nya."(al ahzab33:56)


Syeikh  Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani Rahimahullah menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitab nya,al-safinah al-qadiriyah.Beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun yang berkata :"Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai EMPAT PULUH DUA kelebihan.."Ini tertulis dalam kitab nya Hadaiq al-Anwar.


>Melaksana kan perintah ALLAH
>Bersama dengan selawat ALLAH SWT kepada Rasulullah SAW.
>Bersama dengan selawat para malaikat.
>Mendapat ganjaran sepuluh kali ganda selawat  dripada ALLAH atas setiap  kali selawat yang di ucapkan.
>D kurniakan ALLAH SWT sepuluh darjat atas setiap-tiap satu selawat.
>Dituliskan olih malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
>Dihapuskan ALLAH SWT sepuluh kejahatan atas setiap selawat
> Segala doa akan di perkenankan olih ALLAH SWT .
> Mendapat SYAFAAT daripada Rasullullah SAW.
> Mendapat ke ampunan daripada ALLAH serta di tutup segala ke aiban.
> ALLAH akan menutupi segala dukacita.
> Dikurniakan maqam yang berhampiran dengan Rasulullah SAW.
> Mendapat darjat AL-SIDQ.
> Ditunai kan segala hajat.
> Selamat dan sejahtera pada hari kiamat.
> ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas org yang berselawat.
> Mendapat khabar gembira daripada ALLAH SWT dengan balasan syurga.
>Selamat sejahtera daripada huru-hara  hari kiamat.
> Rasullullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang di bacakan.
> Mudah mengingati perkara-perkara yang lupa.
> Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut.
> Tidak akan merasa  fakir.
> Terpelihara daripada di hinggap sifat bakhil.
> Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasullullah SAW kepada yang berselawat.
> SElawat akan menjemput pengucap nya ke jalan SYURGA.
>  Menjauhi seseorang daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak di sebut olih ALLAH SWT dan Rasul nya.
> Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH SWT apabila di sebut'Alhamdulillahi Rabbil Alamin'(dalam doa)
     maka akan di sambut dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
> Selawat merentasi titian al-mustaqim pada hari qiamat.
> TErpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
> Disambut ALLAH SWT pada hari qiamat dengan kata pujian yang lunak.
> Mendapat balasan rahmat yang luas daripada ALLAH SWT.
> Mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
> Mendapat kesempurnaan iman serta mendapat hidayah daripada ALLAH SWT.
> Kasih dan cinta kepada Rasullullah SAW.
> Setiap selawat yang di baca akan di bentangkan di hadapan ALLAH SWT secara langsung.
> Teguh pendirian dengan kebenaran.
> Berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian hak-hak Rasullullah SAW ke atas diri kita.Di samping itu ,ia di    
    anggap mensyukuri nikmat ALLAH SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasullullah SAW kepada kita.
> Berselawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada ALLAH ke atas Rasullullah dan    
    diri sendiri.
>Berselawat juga bererti zikrullah.
> Antara yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasullullah SAW dalam jiwa nya.
> Di kurniakan oilh ALLAH MAQAM se orang SYIEKH dan MURABBI.


Alhamdulillah.... sentiasalah  berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW agar kita mendapat syafaat nya kelak.Mari lah kita menjadi seperti UBAI BIN KAAB yang sanggup meluangkan hampir keseluruhan waktu nya untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW seperti yang di riwayat kan olih AHMAD dan NASA'I.
Selawat ke atas Nabi SAW  bolih dilakukan di mana sahaja kita berada dan bila-bila masa kerana ia tetap akan sampai kepada baginda SAW.
Jika kita betul-betul mencintai Baginda SAW ,sukai lah apa yang Baginda sukai dan buatlah apa yang Baginda buat.....WALLAHUA'LAM.
###########################################################################################


>
>  

No comments:

Post a Comment